hi. welcome to my blog.

BLOG'S OWNER

BLOG'S OWNER

Ahad, 9 Mac 2014

ex....


kadang-kadang bila kita sayangkan seseorang dia tak tahu betapa besarnya kasih sayang kita untuk dia kan? penat kita berkorban untuk si dia tapi dia cuma pandang kita dengan sebelah mata je. manusia tak ada yang sempurna. jika ini takdir aku, aku terima dengan hati yang tenang. pasrah dengan semuanya. aku tahu aku tak layak untuk diberi kasih sayang....
semua kenangan terbayang-bayang, teringat aku cuba untuk membuang semuanya. tapi aku tak mampu nak lawan. aku cuma mampu berdoa untuk kuatkan diri aku. masa depan aku masih panjang. aku tak akan bodohkan diri aku hanya sebab cinta. cukup lah selama ini aku di sia-sia kan. aku penat beri kasih sayang tapi bertepuk sebelah tangan. 
aku cuma mampu berdoa untuk kau agar kau bahagia tanpa aku di sisi kau. cukup lah kau seksa diri aku dengan sikap kau. belajar lah hargai seseorang atau suatu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa. cukup-cukup lah kau curi hati aku. tapi kau buang dengan bangganya. terima kasih untuk semuanya. aku maafkan apa yang kau dah buat dekat aku dear ex :')
rindu nak dengar nama panggilan aku yang dia selalu panggil 'pendek, gemok, gila, comel, suara kartoon, budak manja' semua kenangan aku mesti lupakan. cinta membunuhku....



xoxo, Effa :D

Jumaat, 8 November 2013

Terima kasih.


Hi, Assalamualaikum :') peritnya rasa bila orang yang kita sayang hilang rasa percaya dekat kita kan? lagi2 bila kita difitnah. aku tak tahu kenapa aku selalu jadi macam ni. mungkin aku ditakdirkan aku tak layak untuk bercinta atau mendapat kasih sayang dari seorang lelaki :) semua lelaki bersikap kejam dengan aku. apa aku ni patung? tak ada perasaan? dari dulu hingga ke hari ni hati aku sering disakiti oleh lelaki. aku hilang kasih seorang ayah, kasih seorang abang. kasih seorang boyfriend. ex? aku tak benci ex. cuma aku rasa diri aku terlalu bodoh sebab terlampau sayangkan dorang. tapi apa aku dapat? aku dibuang dari hidup diorang, aku dihina oleh diorang, aku hanya sampah bagi diorang. mula2 je ayat bukan main manis. jangan tinggalkan, jangan curang, tolong jadi setia. aku buat semua tu :') apa salah aku? apa dosa aku? sampai aku dapat dugaan yang tak pernah berhenti untuk aku. hanya sebab aku menolak cintanya sampai dia sanggup fitnah aku. merosakkan kebahagiaan aku. Dear Aidil, aku tahu kau tak akan baca ni. tapi hanya Allah tahu macam mana perasaan aku untuk kau. tapi itu semua dah hilang lepas kau cakap kau hilang rasa percaya dekat aku. sedangkan aku tak buat apa yang kau tuduh aku tu. jangan risau aku akan pergi dari hidup kau. dan tak akan ada nama Nurul Afifah berada disisi kau. jangan pernah menyesal :') cinta , kasih dan sayang aku hanya untuk orang yang betul2 ikhlas mencintai aku. bukan untuk dipermain. Dear , jangan dekati aku....

xoxo, Effa :D

Isnin, 16 September 2013

:")


Hi, Assalamualaikum :) fuhh lama tak edit blog. hihi rinduu akk? apak pewasann x) hi blog aku yang tomeyy2 ni. hoho okeyy gilaa -.- hmmm now nak cerita semua masalah aku. fuhh okeyy mula2 sekali pasal maa family :') berat hati rasanya bila ada masalah dengan family sendiri right? ayah aku dah tak berbaik dengan mama dah. dah tak contact. so aku pun tak boleh nak gurau2 dengan ayah aku. tak boleh nak menari dengan ayah aku. yang paling kelakar ayah aku buat Gwiyomi xO haha, serious ah tu paling lawak pernah aku tengok. menyesal pulak tak rakam :/ and mama aku, dah nak khawin. tapi aku tak tahu lah sapa, malas nak fikir. serabut kan otak aku je. apa2 pun harap mama aku bahagia dengan hidup dia dengan suami yang baru :')
Okeyy masalah lagi satu, biasa lah cintan2 ni :'( semua orang cakap couple satu sekolah best. boleh balik sama2 , pergi sama2 kan :) yaa memang lah sweet. tapi aku? haha. ade bf macam tak ade je. even satu sekolah tapi macam sorang duduk kat malaysia sorang duduk kat paris wkwkwkw. nak cakap balik sama2 or pergi sama2 memang tak ah. aku nak sangat macam couple lain. macam mane aku yang taken ni boleh jealous dengan sweet couple yang lain :< baik single je. hmmm, maybe dia anggap aku cuma membe dia je kot. yaaa, aku membe diaa bukan gf diaa. haishhh, malas aku nak bercintan lagi lepas ni. hidup single lagi best. boleh layan sape2. boleh buat apa2 pun. tak ade orang nak marah, dari dulu asyik dapat orang yang sama je, erghhh menciiii k menciii! aku pun ade perasaan jugak. aku ni dah lah cepat terasa. cepat jealous. asyik aku je yang kena jaga perasaan orang. habis aku punye hati ni sape nak jaga? :'> Dear A' kalau satu hari nanti perangai aku dah lain, aku dah berubah. jangan tanye kenape k. faham2 jelahh :') aku kalau dah sayangkan seseorang tu aku susah nak move on. tapi bila aku dah move on dalam mimpi lah aku nak layan kau :'> okeyy gtg bye :* loveyouu xx

xoxo, Effa :D

Sabtu, 27 Julai 2013

Dear Ex :')



Assalamualaikum :) dear blog. hanya kau dan tuhan tempat aku mengadu segalanya. cerita sedih mahu pun cerita gembira :') sejujurnya aku tak pernah rasa lemah macam ni. aku tahu memang bodoh lah merana sebab CINTA. aku tak tahu kenape susah sangat aku nak lupekan dia. sedangkan dia ex aku. aku dah jadi macam orang gila sebab hilang dia. semua orang marah aku. nasihat kan aku suruh cuba lupekan dia. dah bermacam aku buat. couple dengan orang ini orang itu. tapi satu pun tak menjadi :) seriously patah hati aku lepas stalk dia. rupenya dia dah bahagia dengan orang lain. orang yang lebih baik dari aku. aku tak akan bahagia dengan sape-2 melainkan dia :( dia je mampu memberi aku kebahagiaan. gambar dia, number phone dia. semua aku dah delete. tapi kenangan? haha kenangan tu membunuh aku. aku tak mampu nak lawan nak buang kenangan tu dari kepala otak aku. walau dimana aku berada sekali pun kenangan tu tetap ade. tadi masa hang aku nampak dia dengan girlfriend dia. ya allah mesra gila :') tipu lah kalau aku tak rasa jealous kan. hmm, tadi aku terlanggar bahu dia je. maybe dia tak nampak aku. tak ape lah. aku happy tengok dia dah bahagia tanpa aku. Ya allah, kalau betul dia jodoh aku permudahkan lah segalanya. kalau dia bukan jodoh aku kuat kan lah aku untuk buang dia dari hidup aku selama-lamanya :') Dear muhammad shahrizal aku tahu kau banyak tipu aku. jangan ingat aku tak tahu. tapi aku diam aku pendam sebab aku tak nak ganggu hidup kau lagi. biar lah perasaan ini hanya aku dan tuhan yang tahu. semoga kau bahagia dengan kehidupan kau. tolong jangan cari aku lagi .....

xoxo, Effa :D

Selasa, 16 Julai 2013

jadi putera saya? :/


Hai, assalamualaikum :) hihi. rindu dekat blog aku ni :( okayy now nak cerita pasal crush♥ aku rasa aku gila kot. haha, yelah sebab aku jarang kot nak crush-2 ni. tiba-2 kali ni ade crush pulak. hihi. pasal crush aku ni. hmmm, dia baik. dia handsome. dia suka buat lawak. and dia sweet :* tapi-2 hmmm :)
Aku tak tahu lah. aku senang betul nak sayangkan dia :( aku tak nak bagi harapan besar. nanti jadi macam sebelum-2 ni. hmmm, tak nak patah hati lagi :( tapi apa aku nak risau. aku percaya dia tak akan jadi milik aku :') yelah. sebab aku bukan ciri-2 perempuan yang dia nak :D hihi. maybe orang lain ke yang lebih baik dari aku mungkin. hihi sokayy lah. 
Tapi bila dia twitt dengan perempuan lain, seriously aku jealous gila babeng :'( tapi aku sabar je. hihi dia bukan boyfriend aku pun kan-2 hihi. sudah lah, aku malas nak bagi harapan kat dia. and aku malas nak fikir pasal couple-2 ni. haha XP 
Dear crush, saya selalu mengharap kan benda yang tak akan terjadi dalam hidup saya. saya harap kan saya nak hidup bersama awak :') tapi saya tahu itu tak mungkin terjadi. saya tak layak nak dapat kasih sayang awak tu. mungkin awak cakap saya ni ..... awak. tapi saya tak tahu sama ada tu dari hati atau dari mulut awak :) awak. saya harap awak bahagia bersama perempuan lain. saya hanya mampu berangan je. hihi. okayy lah sampai sini jelah. nak cerita lebih-2 pun tak boleh hikhik.  bye iloveyou        Dear crush ♥



xoxo, Effa :D

Sabtu, 8 Jun 2013

Happy Birthday to me! :D



Assalamualaikum, fuyooo! lama gila tak edit blog. hihi. okayy now nak cerita pasa. birthday iteww :D Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! hari ni tarikh 8.6.2013 ada lah hari jadi aku ^^ nak kata happy tak happy sangat. macam biasa je :( wish pun tak ramai tahun ni. dorang tak ingat birthday aku ke? :'( huaaaa.

And terima kasih yang wish birthday. cetekaa-2 sape orang pertama yang wish birthday aku? sape betul aku bagi makan kek. hhahaha :P okayy. korang lambat. orang pertama yang wish. perempuan. aku tak kenal dia langsung. diaa contact kat bbm. tiba-2 bbm nak cakap Happy birthday! haha btww thanks you :')
orang yang kedua pulak. mesti lah mama kita :D 

Haaa, nak tahu yang ketiga empat lah tu :P hihi. okayy yang ketiga Ex aku :) terharu bila diaa wish. tak sangka dia ingat kan. sedih jugak pun rasa. hmmm hmm, okayy yang keempat sahabat iteww oii hihi Aien awal-2 dah wish minahh ni. haha :P okayy yang kelima my boyfriend -.-

Aku punye lah tunggu diaa. sia-2 je nak diaa jadi orang pertama wishh :(  haihh, tak apa lah. janji dia ingat kat aku. eh-2 :O cakap pasal pakcik ni. btww Happy Anniversary sayang :) hihi thanks you untuk semuanya :D hmmm, okayy dari semalam sampai skrg aku tak tidur langsung :(

Sebab aku tunggu seseorang yang paling aku sayang. sayang gila babengg, My Daddy. tiap-2 tahun dia orang pertama yang wish aku :( tapi sekarang kitaorang tak contact langsung. mane lah dia pergi kan? Birthday aku tak akan sempurna tanpa ayah :'( Dear papa. serious harap gila ayah wish :( kalau boleh nak ade ayah ade sambut kejap lagi. aku harap dia dengar :/

Woahhh, okayy lah. sampai sini je cerita aku. nak siap-2 sambut dekat rumah. thanks you my mom. sebab susahkan mama nak masak-2 bagai. haaa mehh lah datang rumah. jangan lupa bawak hadiah. hahaha welkkk-2 :P babaii assalamualaikum :')

xoxo, Effa :D